Friday, September 25, 2009

Cerita 1 Syawal 1430H

Salam aidilfitri semua....masih makan biskut raya ke? Lamanya tak update blog...sibuk beraya? taklah. Saya kat sini hanya beraya pada satu Syawal je...lepas tu aktiviti terus mcm biasa...anak2 bersekolah, suami ke uni. Minggu depan barulah anak mula bercuti utk 2 minggu.

Meriah ke raya?...meriah....bermula pada malam raya, sy dijemput berbuka puasa di rumah kawan(terima kasih liza dan nizam)..dalam masa menuggu keputusan tarikh raya tu kami dah mula buat kuah kacang (macam yakin je raya.. hihihi). Kami sebenarnya di bahagi2 tugas masak utk majlis rumah terbuka dan akikah pada keesokan harinya. Dalam 9.40 mlm barulah tahu keputusan(boleh baca sini utk cerita pasal keputusan tarikh raya)...terus buat takbir raya. Seronok bersama kawan2 takdelah pulak rasa sedih pun masa tu...memang sepatutnya kita tak boleh sedih2..kan? Hari raya kita dituntut bergembira...meraikan kemenangan kita...

Esoknya kami bersembahyang raya di Masjid Al Khalil, walaupun dah bangun awal, lambat juga kami sampai kat masjid...menyiapkan diaorg berempat tu huhuhuhu...


sedang mencari parking...jenuh...jauh kami parking.



suasana diperkarangan masjid. Hubby terpaksa sembahyang kat luar sbb dtg lambat...sy pun sama...mcm2 bangsa ada..berpegang dengan satu kalimah...


Nak pulak org ni bergambar dengan Iman danIsmail...tq! Baju kami tahun ni bertemakan warna hijau...terima kasih kat famili kat Trg sbb sudi belikan baju dan hatar. Sehari sebelum raya sampai.


masjid semasa kami nak balik....

Bertolak dr masjid terus kami ke rumah terbuka yg pertama....(terima kasih Dr. Badrul dan Muliati). Majis rumah terbuka ni seklai dgn akikah ...

macam2 ada....kebanyakan ni kami masak gotong royong ikut pembahagian tugas. Pasal makanan dah tak rindu tanahair sangat...yg dirindui adalah suasana bersama kaum keluarga...

kenangan dengan kawan2...

Selepas beraya di rumah pertama ni kami terpaksa terus balik ke rumah sbb my hubby sakit kaki...dah tak tahan sangat. So, cancellah beraya utk rumah seterusnya. Esoknya kaki hubby tapak kaki hubby membengkak sampai tak boleh nak berjalan....risau juga ungatkan kena gout. Pergi jumpa doktor, dia ckp hanya terseliuh je....Alhamdulillah ....kini hampir sembuh sepenuh nya.

Beraya akan berterusan esok...ada beberapa rumah terbuka yg bakal diserbu....



9 comments:

  1. lelaki mmg cepat kena gout...kalo kak suzi nak kurangkan, suruh dia makan berries ngan minum jus cranberry (kat sana senang dpt kan?)

    haaahh...bestnye kak suzi dah kembali berblogging:)

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya su!! seronoknya beraya bersama rakan taulan!! yg best tu boleh bergotong royong memasak lagi. semoga hubby su cepat sembuh dn boleh kembali beraya sakan!!!

    ReplyDelete
  3. sha,
    tu yg buat akak risau tu...nasib baiklah bukan gout...
    kembali beberblogging tapi blm ada resepi lagi hihihi

    kak ain.
    gotong royong tu ygbuat meriah tu...mcm kenduri kendara kat m'sia je...
    raya diteruskan hari dan esok...makan free aje...

    ReplyDelete
  4. salam syawal suzi.
    alangkah seronoknya kalau dapat berhari-raya dengan pelbagai bangsa. satu pengalaman yang bukan semua orang dapat melaluinya. meriah nampaknya di masjid dan juga di rumah terbuka tu.
    kesian suami suzi, kakchik pun ingatkan gout tadi. alhamdulillah dah makin baik.

    ReplyDelete
  5. wah besnyer raya kt sana tu..ramai gak org kan..makan pun sedap2 tu..uiiihhhh...ada kambeng panggang eh...cedapnyer....

    ReplyDelete
  6. Wah.... meriah betul raya di sana, ya..... Seronok makan2 dan bersama teman2 tu. Sempat juga anak2 suzi berbaju raya, hehe..

    ~Terliur tengok kambing bakar tu (betul ke ?)

    ReplyDelete
  7. seronoknya beraya di perantauan. raya puas2 kat sana, kot rindu sbb tahun dpn dah nak beraya kat sini :)

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya kak suzi..mesti dlm ramai2 tu kak suzi baju ijau ek? yg dgn 2 org kanak2 ijau..heheh..teka jek:D lama xjenguk kak suzi ..mklumler mmg cuti blogging ramadhan hr tu..hehe

    ReplyDelete
  9. Meriahnya suasana Raya di sana... tak kurang hebatnya!!!... malah lagi hebat dari di sini, kan?... Sedapnya daging panggang tu... special cara masak dia!!

    ReplyDelete