Saturday, July 18, 2009

Salmon Panggang

Resepi dr TryMasak...sedap. Kami mkn dgn nasi panas sekali dgn sup ayam. Kat pinggan tu salmon sekali dgn terung bakar.



Bahan2:

  • Filet ikan salmon (1 potong)
  • Lemon diambil jusnya (1/2 biji)
  • Air (1/3 cawan)
  • Kicap (1/3 cawan)
  • Minyak sayuran (1/4 cawan)
  • Bawang putih dicincang (2 ulas)
  • Gula perang (3 sudu besar)
  • Garam (secukup rasa)

Cara2:

  1. Campurkan air, kicap, minyak sayuran dan gula perang. Kacau sebati.
  2. Perap filet ikan salmon bersama garam, bawang putih, jus lemon, dan adunan sos tadi.
  3. Perap di dalam peti ais sekurang-kurangnya dua jam.
  4. Goreng salmon bersama bahan perapannya hingga salmon masak dan kuahnya kering.

5 comments:

  1. Kite ingat ape la yg kat tepi salmon tuh.. telek2 tak bleh teka... bila bace baru tau terong upenye :D

    ReplyDelete
  2. sedap nampak masakan tu.kat malaysia salmon mahal sgt.pernah cuba salmon masak lomak cili api....sodap!

    ReplyDelete
  3. nnti blehla try....nampak cam sedap jer....

    ReplyDelete
  4. sy xpnh beli ikan salmon..kalu nk mkn salmon pn kt restoran jek..haha

    ReplyDelete