Buat minum petang tadi...sedap!!!! dan nak buat pun senang. Resepi dr Kak Nor tapi copy-paste dr dapur Ita nun di Jepun sana. Terima kasih berkongsi resepi....Buat separuh adunan je tadi sbb nak cuba.....
Bahan-bahan ( loyang 9 in (tinggi 3in) )* 250gm butter
* 1 cawan gula castor
* 1 cawan gula perang
* 4 biji telur (A)
* 1 sudu teh esen vanila
* 1 cawan susu segar suam
* 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
* 3/4 cawan serbuk koko
* Utk choc ganache:
* 150gm coklat masakan
* 1 sudu besar susu pekat
* 1/4 cawan air panas
* 1 sudu besar butter
Cara-cara
1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
4. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
6. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
7. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
8. Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.
ermm... dari jepun terbang ke adelaide lak ya... suzi, nak lg moist, simpan dlm esbok kejap, laaaaaagi syok :)
ReplyDeletesenang nk buat su ekh. nanti akak nk try gak ler.
ReplyDeletealamak sedapnya...
ReplyDeletesaya nak sepiring gak :)
ReplyDeleteLama dah saya tak buat kek coklat ni...dulu2 rajin..seminggu sekali buat..lepas tu anak2 dah jemu, stop sampai sekarang tak buat.
ReplyDeleteAdeh kak Suzi.... bestnye la kek akak neh... ada cokelat meleleh leleh lagi tuh... mintak sepotong kak...
ReplyDeleteAwwwwww suzi nih ..tiap tiap hari masak yg best best ajer :)
ReplyDeletesuzi makan utk akak sepotong nak jugak
ReplyDeletenampak sedap je suzi...senang pulak tu..ima pun nak kena cuba gak nih...
ReplyDeletealamak suzi...kek coklat tuh menggodalah...
ReplyDeleteadeii sedapnya kak suzi...giler terliur nih...
ReplyDeletekak nor,
ReplyDeleteterima kasih sharing resepi sedap tu...
kak ain,
ha a'...senang n sedap...trylah...
shais,
sedap tau!
deliah,
sepiring cukup ke??
dura,
masak bias2 jelah...hihhi..
chik mi,
akak mcm tu tak aci nanti sy yg tembam sorang hihihi...
ima,
trylah...sedap!
leen,
tergoda juga ke hihihi...
suziy,
terliur juga ye...kalau dekat dah hulur dah...
tirana,
blh buatlah tu pasal dah lama tak buat...mesti diaorg rindy kat kek coklat hihihi...
ijan, coklat yg melelh tu buat lg 'mahal' tu hihihi....
salam...lama x singgh sini...
ReplyDeletesdapny kek ckelat tu siap ad tips lg...
terliur la nengok kek coklat tu....adoh haiii bile la nak kurus la sya ni asyik dok buat kek....lps tu makan....mmg tak bleh nak ditahan2 tekak ni nak makan....hehehehe
ReplyDelete