Tuesday, July 14, 2009

Dadih Homemade

Akhirnya terbuat juga dadih....seronoknya sbb anak2 dan hubby suka walaupun cuaca yg agak sejuk sekarang. Projek semalam. Resepinya dari dapur Kak Nor. Terima kasih Kak Nor berkongsi resepi.

Bahan2:
  • 10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan(warna merah)
  • 2 liter susu segar
  • 1 1/4 cawan gula (atau 17 sb gula)
  • 1.2 liter air
  • 1 st garam
  • 1 sb tepung jagung - dibancuh dgn 2 sb air

# yg ni terpulang pd masing2 ya..
  • coklat emulco dan pewarna coklat
  • strawberi emulco dan pewarna merah
  • pandan emulco dan pewarna hijau
Cara2:
* Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih tp jgn terlalu lama dibiarkan mendidih nanti dadih menjadi keras. (Hendaklah sentiasa mengacau adunan ya)
* Padamkan api dan biarkan seketika.
* masukkan susu dan bahan perasa serta pewarna dan masak kembali seketika.
* Sekiranya ingin jadikan dadih yg putih biasa tu, tak perlulah letak apa2 emulco atau pewarna.
* Jika ingin hasilkan dadih berperisa coklat, ambil sebahagian dr dadih td, dicampurkan dgn coklat emulco dan perwarna coklat.
* Begitu juga kalau nak perisa strawberi, masukkan strawberi emulco dan sedikit perwarna merah.
* Biarkan adunan suam, baru la ditapis dan dimasukkan kedalam bekas yg diingini.

* Sejukkan dlm peti ais sebelum dimakan.


Saya hanya buat perisa pandan. saya guna agar2 yg berwarna hijau dan campurkan pandan paste....
Resepi Kak Nor juga ada kat My Resipi...Klik SINI.


9 comments:

  1. maksu suka dadih, tapi anak2 plaks tak minat :(

    ReplyDelete
  2. senang aje rupanya buat dadih ni...anak2 ima suka sgt dadih...dari yang besar hingga yg kecil pantang tengok dadih...

    ReplyDelete
  3. sy suka buat dadih..kalu sy xletak garam n tepung jagung...letak susu cair, serbuk agar2 n gula jek..heheh..pastu masuk peti ais..pergh sedapnye mkn sejuk2:p

    ReplyDelete
  4. Kena cuba ni sbb saya suka makan dadih..Anak-anak pun suka

    ReplyDelete
  5. Dadih mmg sedap mkn...simpan dlm peti ais nyaman tekak. Sebelum bersalin tempoh hari sempat jugak 2x buat dadih....anak suka mkn.

    ReplyDelete
  6. akak pun suka buat dadih ni. kat sini ada yg readymade..senang banyak.hehe

    ReplyDelete
  7. feberet anak2 ni...yummmmy...

    ReplyDelete
  8. Salam dari gerau. macam sedap dadih tu. nanti gerau nak cuba. Mesti anak-anak terkejut. kalau jadilah.

    ReplyDelete