Sunday, May 10, 2009

Mini Pizza

Dinner kami tadi...dah lama tak mkn pizza...laku mcm goreng pisang panas....
Resepi dr fendi@myresipi.com. Saya copy-paste je...terima kasih berkongsi resepi...

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 200ml air
  • 300g tepung roti
  • 14g gula
  • 3.5g garam
  • 16g shortening
  • 3g dry yeast
  • 6g susu tepung
  • Topping:
  • - pizza cheese
  • - mini tomato
  • - sosej
  • - asparagus
  • - sos tomato / sos pizza
  • - telur untuk sapu pada roti
* saya letak mushroom dan fruit salad utk topping bersama dgn sosej


Cara-cara

  1. Masukkan bahan-bahan untuk buat doh roti ke dalam breadmaker. Setting untuk doh. Lepas tu ON kan.
  2. Bila dah siap, tumbuk untuk keluarkan angin. kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentu bulat. Rehatkan selama 10 minit
  3. Ambik sebiji doh. Canaikan biar diameter lebih kurang 10cm. Lipat ke atas dan ke dalam bahagian tepi seperti gambar disebelah. Buat sehingga abih. Biarkan naik 2 kali ganda
  4. Sapukan kesemua roti dengan telur. Lepas tu letaklah topping di bahagian tengah/ lubang. Topping ni boleh buat apa saja ikut selera masing-masing.
  5. Bakar selama 12 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan dalam 5-10 minit untuk nampak warna lebih perang.


12 comments:

  1. ni yg best kalu ada BM kan. boleh roti memanjang. Bila le akak nk dpt BM ekh.hehe

    ReplyDelete
  2. kak ain,
    patut minta masa mothers day ni hihihi

    ReplyDelete
  3. saya pun gitu suzi... belum sempat nak rembat BM tu..he..he.. lapor tgk pizza tu...

    ReplyDelete
  4. bleh tutup pizza hut cam gini...

    ReplyDelete
  5. bestnya... kakchik rindu nak buat pizza tapi sejak bahu sakit ni jadi malas pulak nak menguli adunan. kita mana ada BM, huhuhu.

    ReplyDelete
  6. adeii..dh la pagi lagi..xmkn lagi plak tuh..sedap kalu pekena mini pizza kk suzi ni..heheh:p

    ReplyDelete
  7. wah sedapnye pekene pizza.....anak2 mmg feberet kan..:-)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.. wahh.. ni mmg fevret anak2, kekadang tak taruk cheese leh habis.. kalau tak sempat buat mini size tepek besar2 dlm dulang, punyalah malas..

    ReplyDelete
  9. salam...
    sy mmg suka sangat makan mini pizza anak-anak pun suka... tapi masih belum pernah cuba buat lagi... takut tak menjadi dohnye...

    ReplyDelete
  10. salam suzi...
    sedapnya tengok mini piza buatan suzi ni...anak2 suka makan mini piza...tapi ibunya kurang pandai nak menguli ni...

    ReplyDelete
  11. moi,
    trylah guna mixer utk menguli...mamafami n kak rinn chan guna cara tu...

    bozzo,
    hihihi...

    kak chik,
    kalau sakit bahu memang takleh nak menguli lama2 kan...try kak chik pakai mixer...

    suziey,
    jgn malu2 ambil je hihihi...

    azreen,
    tulah anak2 memang suka sgt kalau buat pizza.

    izat,
    hihih mana2 pun budak selalu suka pizza kan??

    naz,
    blm cuba blm tahu...

    ima,
    kalau ada mixer blh je buna mixer...

    ReplyDelete
  12. mana nak dpt sos pizza yg sedap?... Suzi buat sendiri ke?

    ReplyDelete