Saturday, April 4, 2009

Vietnamese Spicy Lemongrass Chicken

Ayam ni resepi Tulip77@MYR tapi saya copy-paste dr dapur UMMI. Sedap. Dah ramai dah kawan2 bloger lain yg dah buat. Ada juga yg goreng dulu ayamnya. Terima kasih buat kalian berkongsi resepi sedap ni...


Bahan:-
  • 3 keping isi ayam - potong saiz kecil2..Ummi guna je semua part ayam tu..(saya pun sama cam UMMI...)
  • 3 sb. gula
  • 2 sb. minyak masak
  • 3 sb. sos ikan
  • 3 batang serai - diketuk
  • 1 sb. cuka
  • 1 sb. sos tiram
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • cili merah dan cili hijau - dipotong menyerong- saya letak tomato...

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan gula dan biarkan sebentar hingga gula bertukar warna agak gelap.
  2. Masukkan ayam dan bawang.
  3. Lepas 5 minit, masukkan serai dan lada. Perlahankan api.
  4. Masukkan bahan-bahan lain dan gaul biar sekata. Jika kering masukkan sedikit air.
  5. Rasa dan adjust apa-apa yang terkurang. Hidang panas2 dengan nasi putih.

* utk masak hari ni terpaksa saya lebihkan sos tiram sbb sos ikan saya ada sikit je hihihi....

4 comments:

  1. nmpak yummy la. mesti kena try nih.

    ReplyDelete
  2. kak ain,
    memang yummy pun...trylah...

    ReplyDelete
  3. sedappppnye././/
    waa ni kena pkai baju vietnam..br ade feel nk mkn vietnamese spicy lemongrass chicken..erkk:p

    ReplyDelete