Saturday, March 14, 2009

Serikaya


Resepi ni ambil dari dapur UMMI...anak saya cukup suka serikaya....makan dgn roti...
Terima kasih Kak UMMI berkongsi resepi...

Bahan:-
2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
500 gm santan pekat
5 biji kuning telor
2 camca besar tepung kastad (bancuh dgn sedikit air)
1 helai daun pandan

Cara-Cara:-
Campurkan gula dan air dalam kuali dan masak adikan gula hangus. Bila gula dah kekuningan, masukkan santan pekat dan kacau sebentar hingga gula larut. Biarkan sejuk betul-betul. Bila santan dan gula tadi telah sejuk, masukkan kuning telor, tepung kastad dan daun pandan. Kacau di atas api sederhana hingga mendidih sahaja, jgn hingga likat. Tutup api. (Bila sejuk, kaya ini akan pekat sendiri).

6 comments:

  1. homemade kaya pulak dah. ni lah untungnya duduk merantau kan, from nothing, u know everything. Tahniah su!

    ReplyDelete
  2. patutla org kata kaya ni menggemokkan..tgk je ler bahannya..tp menggiurkan la hasilnya..cantik je..goldish gituh ;)

    ReplyDelete
  3. akk, brapa lama serikaya ni boleh thn?
    sukalah tgk warna serikaya ni.. kalau yg serikaya pandan tu tak menggiurkan :P

    ReplyDelete
  4. OK LA SERIKAYA NI..PASNI TAKYAH LA BLI KAYA TIN LAGI...:)

    ReplyDelete
  5. kak ain...
    tima kasih hihihi...
    betul tu kak, kalau saya kat m'sia lagi asyik tak berasap je dapur tu...hihihi...

    suziey...
    betul tu...tengoklah telur n santannya huhuhu...

    syazwaniadnan...
    tak tahulah sampai bila blh tahan sbb kat rumah ni 2-3 hari habislah...

    hana...
    sejak duk sini ...buat sendiri...beli payah nak cari n mahallah sikit...

    ReplyDelete
  6. wow kaya buat sendiri tuh...kalo saya mesti beli yg dlm tin je la...hehehehe

    ReplyDelete