Sunday, March 8, 2009

Butter Prawn

Dah lama teringin nak try resepi butter prawn ni...banyak versi rupanya...
Resepi saya ambil dr FP Kak Rinn...telurnya tu menajdi sangat...tapi sedap....copy-paste je dr FP Kak Rinn...terima kerana berkongsi resepi...

Bahan A

600 gm udang besar
1 camt. gula
1 camt. garam
1/2 camt. lada hitam
1 camt. minyak bijan

Bahan B
3 camB tepung jagung
1 camB serbuk kari ikan

Bahan C
3 biji kuning telur
1 camB susu cair
1/2 camt. garam
1/4 camt. serbuk lada hitam
2 camB butter

1 camB bawang putih - dicincang
2 camB cili padi - dicincang
1 camB daun kari - dicincang
2 camB butter

Bahan perisa
1 camB sos tiram
1/2 camB gula
1/4 camB serbuk lada hitam

Cara-cara
Bersihkan udang, buangkan kakinya dan keringkan dengan menggunakan kitchen towel.
Perap udang dengan bahan A selama 20 minit.
Campurkan bahan B dan masukkan udang yang telah diperap. Gaul rata.
Goreng terendam udang tadi sehingga masak dan tuskan minyaknya.
Gaul rata bahan C. Ketepikan.
Panaskan kuali, masukkan butter. Kemudian, masukkan bahan C. Kacau campuran C dengan cepat untuk mendapatkan telur goreng yang halus dan rangup. Angkat dari kuali.
Panaskan kuali dengan 2 camB butter. Goreng bawang putih, cili padi dan daun kari hingga wangi. Masukkan udang dan bahan perisa. Gaul rata sebelum dimasukkan telur goreng tadi.
Gaul rata dan hidangkan semasa panas.

10 comments:

  1. wah..dah buat dah dia. Nampak sedap su.

    ReplyDelete
  2. Ha..suzi..nie butter prawn versi lain lak yek..nampak sedap ...nanti nak cuba jguak le..

    ReplyDelete
  3. Kak Tie tak pernah masak butter prawn ni...nanti nak cuba laa..

    ReplyDelete
  4. suzi.. macam tu ek? patut hari tu saya buat tak berapa nak menjadik.. huhuhu.. hubby siap gelak kan.. tapi makan sampai licin sbb sedap kot.. tak pun perut lapar.. hehehe.. nak kene test ni...

    ReplyDelete
  5. nampak sedap jugak butter prawn versi ni...ima pernah gak buat tapi lain caranya...anak yang tak suka udang pun jadi suka ...

    ReplyDelete
  6. kak ain...
    tulah dah tak tahan tangok kawan2 duk buat...
    lagi pun tadi udang murah sikit....dptlah beli hihihi

    moi...
    try jgn tak try...

    kak tie...
    saya pun ni pertma kali masak mcm ni hihihi...

    mommymimi...
    ur hubby nak ambil hati tu...hihihi... nanti hang dah tak nak masak lak lain kali...

    ima...
    ni first time masak buteer prawn ni...lain kali blh try versi lain lak...

    ReplyDelete
  7. lain la resepi dia....nnti blehla cuba... ;-)

    ReplyDelete
  8. salam...
    udang masak apa-apa pun memang sedap gerenti licin punya...

    ReplyDelete
  9. azreen...
    try jgn tak try...

    naz...
    ye ke?...kat rumah saya ada juga anak yg tak berapa suka udang...

    ReplyDelete
  10. erkk..mencabar btol nak buat mende nih..sume kena cepat ....hehhe:p

    ReplyDelete