Monday, December 22, 2008

Cuti2 Part1: Adelaide ke Mount Gambier

Salam semua...alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai ke Adelaide dalam pukul 12 tengahmalam semalam. Seminggu berjalan..dalam seronok tu, letihnya Allah saja yg tahu. Paling mencabar bila anak2 meragam ...maklumlah penat dan boring duk dlm kereta....


Jom ikuti serba sikit kisah cuti2 kitaorg....

Part 1 : Adelaide ke Mount Gambier ( +- 500 km)



Nilah kereta yg bawa kitaorg sepanjang cuti2 tu... Toyota Tarago, kat Malaysia dipanggil Estima. Jadilah dpt mersa naik yg sewa...nak beli belum tentu dapat. masa ni tengah bersiap2 masukkan barang. Lepas tu kitaberkumpul kat rumah kawan dan bertolak dari sana dalam pukul 1 tengahari (Ahad-15/12).

Nilah permandangan sepanjang perjalanan....sekarang musim summer, rumput pun dah menguning...ada ternakan kat sini...


Lagi permandangan dalam perjalanan....



Pokok pine sepanjang jalan...ditanam utk balak rasanya...


Melalui sebuah tasik besar bernama Lake Alexandrina... atau teluk sebab ia bersambung terus ke laut.

Permandangan kat Meningie...stop kejap coz semua dah tak tahan nak ke toilet. Kebetulan hari tu cuaca agak sejuk...

Berhenti lagi ...kat Salt Creek untuk lunch. Masing2 bawa bekal... kat sini berperang dgn lalat sambil makan. Masa summer memang banyak lalat dan lalat kat sini biasanya suka urung muka kita dari makanan...tak tahulah kenapa....


Seterusnya berhenti kat Kingston SE...bergambar kat landmarknya...The Big Lobster. Salah satu dari 150 'big things' yg ada kat Australia ni. Inilah kami satu keluarga....

Kat sini kami berhenti untuk sembahyang jamak dan qasar zuhur/asar. Mana ada surau atau masjid....sembahyang kat taman nilah....



Ni permandangan kat pulak Beach Point...hentian kami seterusnya. Jetinya panjang sampai ke laut...sayangnya tak bolah masuk coz dah tutup...

Dah senja...dan dah nak sampai ke tempat penginapan yg pertama....

Mount Gambier...tempat penginapan yg pertama...sampai sana dah maghrib.


Inilah tempat kami tidur untuk malam pertama...Limestone Coast Tourist Park. Oklah semua lengkap. Sampai bilik dah tak boleh buat apa...penat...lepas makan terus tidur.


Bersambung nanti ye....

10 comments:

  1. selamat pulang suzi...

    mesti banyak kenangan yang menarik kat sana. ragam anak-anak nie macam tu la, saya pun pi bercuti lepas tu adli asyik buat perangai jer.

    at last dapat juga nengok suzi...hihihi...cantik skirt labuh sumaiyyah...berkenan pulak saya.

    ReplyDelete
  2. salam sis Suzi

    wah chanteknya view beach tu....
    bertuahnya sis dpt lalui pengalaman kat saner...

    lambai2 gak org Malaysia nih...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. sronok berjalan tgk keindahan alam ciptaan Allah.. tp musti penat nak urus semua kat sana dan kat umah kan.. anyway bila lg nak jalan kan?

    ReplyDelete
  4. wow..mmg bestler kak... cantik sungguh view dier.

    ReplyDelete
  5. Selamat kembali Suzi...

    Kak tie rindu masakan suzi tu...bila nak start cooking ni?? Hi hi....

    ReplyDelete
  6. mesti terasa penat lagi kan....walaupun penat tp seronokkan dapat berjalan2....bleh buat kenangan bila balik m'sia nnti kan...

    ReplyDelete
  7. seronok k suzi sekeluarga dpt pengalaman tinggal di tempat org...sy ni nak g cuti2 m'sia pun kene fikir 4/5 kali.takut cuti btukar jd tensen...hehehe

    ReplyDelete
  8. shais...
    skirt sumaiyyah tu bapak dia beli sehari sblm cuti2...ada sale 40%

    sufi...
    rezeki akak kat sini...sufi pulak mingkin kat tempat lain...hihihi...

    izat...
    penat tu takleh nak cite...tapi seronok tu yg penting...kenangan ...pengalaman

    azreen...
    betul tu...

    fiza...
    fiza cuti2 ni utk anak2...kalau nak tenang kena berdua je...

    ReplyDelete
  9. bestnyer gi jenjalan... wahhhhhhhh
    cantiknya... entah bila lah lia nak sampai sana..

    ReplyDelete
  10. wah!! jalan2... sonoknya... aktiviti yg paling best selepas makan...dpt melegakan minda, badan & memberi ilham utk meneruskan hidup seharian... barulah family happy...

    p/s: tumpang happy ngan hidup suzi yg adventur...

    ReplyDelete