Kuih dangai...dulu hubby selalu beli kuih ni sebab Iman suka...saya pun suka. Resepi ni ambil dari Kak Rinnchan FP...versi bakar kat oven. Terima kasih Kak Rinn...saya copy-paste je....
Bahan-bahan :- 3 biji kelapa parut, sebaiknya kelapa yang muda
- 1 paket tepung pulut (500gm)
- Secubit garam
- 2 sudu gula pasir
Untuk taburan
- Gula putih secukupnya
- Gula merah secukupnya
Cara-cara :
1. Gaulkan kelapa parut, tepung pulut, secubit garam dan 2 sudu besar gula.
2. Bahagikan kepada 2 bahagian.
3. Tekan satu bahagian ke dalam loyang yg telah dilengser sedikit minyak masak.
4. Taburkan gula putih dan gula merah secukupnya ikut selera masing-masing.
5. Tuangkan separuh lagi adunan dan tekan padat.
6. Bakar dlm oven pada suhu 175 darjah celcius sehingga agak kekuningan. Membakarnya tidak perlukan masa yang lama. Jadi, always on the look out ye puan-puan...jgn sampai terlebih garing
akak suka gak kuih ni..tp now ni ayah nak dpt kecuali bulan posa.
ReplyDeletealahai isa..sedap ke..???
dulu kat tronoh pagi2 pun ada jual...tak tahulah sekarang...
ReplyDelete