Sunday, November 2, 2008

Fluffy Egg-Free Pancakes

Resepi dr newsletter kindy Ismail yg dulu...ubah suai sikit je...buat ni hari tu coz dah kehabisan telur..sedap...so rasanya sekarang takyah guna telur bila buat pancake pun takpe....

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu teh serbuk cinnamon
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu besar air
  • 2 sudu besar butter
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1 sudu besar minyak syuran
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara:
  1. Satukan semua bahan kering.
  2. Satukan susu, minyak, air dan esen vanilla, kemudian masukkan kedlm bahan kering tadi.
  3. Whisk sehingga sebati - jgn overmix.
  4. Resahtkan adunan seketika.Kemudian masukkan butter yg telah dicairkan.
  5. Masak dlm pan dgn api perlahan sehingga ad bubbles kat permukan kemudian terbalikkan. Masak sehingga perang.
  6. Hidang dgn syrup, honey, fesh fruit atau jem. Kami makan dgn sos kastad dan campuaran buah berries...


Sos Kastad Simple....

Masukkan 2 sudu besar kastad dan 2 sudu besar gula dlm mangkuk tahan microwave. masukkan 500ml (2 cawan) susu segar) kacau sebati. Masukkan dlm microwave pada level medium selama 2-3 minit. Keluarkan dan kacau setiap selepas 1 minit.

7 comments:

  1. orang putih ni biasanya simple aje resepi diorang..tapi sedap kan suzi..Anak-anak saya pun suka pancake tapi diorang suka makan dengan log cabin syrup tu..

    ReplyDelete
  2. sedapnya buah berries, saya belum pernah rasa lagi.....suzi, tolong ler pos...hahahahaha.

    ReplyDelete
  3. Eh! Sejak bila lak suzi tukar template ni!! (atau memang dah gini??) Kak tie selalu keliru sebab ramai teman2 dah tukar uniform..Tapi cantik gak!!

    Pasal pancake tu nampak cantik laa..Kak tie buat kekadang tak bulat pun atau tak sama bulat. Kejap besar, kejap kecik. (suka makan masakan org lain..hihi)

    ReplyDelete
  4. salam suzi...anak dara akak yg sulung suka sgt pancake. Nanti school holiday, boleh le akak buatkan dia.

    Akak rasakan..suzi boleh compile recipee suzi ni dlm buku la.

    ReplyDelete
  5. wah ini boleh trylah resepi ini..yummy..yummy...
    anyways, thanks for droping

    regards,
    lindah

    ReplyDelete
  6. Pencake memang sedap...terasa nak buat gak laa..

    ReplyDelete
  7. salam...

    tirana...
    betul tu..sbb tu dapur diaorg bersih je tak berminyak mcm kita...hihihi..

    shais..
    alahai kesiannya...kalau pos nanti sampai je dah penyek...hihihi...
    tu saya guna yg frozen...summer nanti musim buah start...dtglah cuti2 kat sini...

    kak tie...
    rumah saya ni dah lama dah tukar cat kak tie...
    saya pun sama kadang2 tak sama besar. rasanya kena sukatan yg sama baru sama besar kot....

    kak ain...
    dah nak cuti ek...seronok dpt masak apa yg anak2 suka...kan?

    lindah dan shafa
    cuba tau..hihihi...

    ReplyDelete