Friday, August 1, 2008

Apam Gula Melaka



Rasanya sedap...buat pun senang. Ambil resepi ni drp Che Mat Gebu. Resepi asal drpd "Che Iza@my resepi.Copy-paste jelah ye....

Bahan-Bahannya :-
  • 1 cawan air*
  • 1/2 cawan gula melaka*
  • 1 helai daun pandan*
  • 3 camca besar gula pasir*(*dimasak hingga larut, tapis dan sejukkan)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 camca teh instant yeast
  • 3/4 cawan air
  • Secubit garam
  • Kelapa parut putih secukupnya digaul bersama sedikit garam

Cara-cara:-
  1. Campurkan semua bahan2 diatas kecuali kelapa parut, kacau hingga sebati dan tidak berbintil2. Perap 1 jam.
  2. Panaskan kukusan, lenser loyang dengan sedikit minyak, tuang adunan apam, biar 5 minit dan kukus 35 - 40 minit. Biar sejuk sebelum dipotong dan hidangkan bersama kelapa parut putih. Saya letak dalam acuan muffin. Jadi masa untuk memgukus lebih singkat.

4 comments:

  1. sedap apam nie akak dah cuba pun, minom gan air kopi waktu petang walaaa

    ReplyDelete
  2. Kat tmpt suzi ada kelapa parut fresh ker? Kat sini ada ler jual kelapa sebiji tp ct takde pemarut so takpenah ler beli kelapa tua

    ReplyDelete
  3. Salam ct,kelapa parut yg frozen je ada...tapi kalau terdesak tu pakai je kelapa parut yg kering...kukus dgn santan sikit bg dia lembab hehehe....

    ReplyDelete
  4. salam kak ...tq sudi dtg jenguk sini...cantik2 cup cakes akak...yummmy

    ReplyDelete