Saturday, October 30, 2010

Pulut Kuning Vs Ayam Goreng Kunyit.

Salam semua, hari ni saya masak simple je, ikut selera anak2 sebab hubby takde. Pulut kuning lawan dengan ayam goreng kunyit...boleh ke?? makan jelah...berselera je anak2 makan. Diaorg ni memang suka pulut pun.
Alhamdulillah dah kenyang dah...kat luar pula hujan, syok kalau tidur ni hehehe. Tapi saya ni jenis yang suah nak lena siang2 hari ni...
Anyway selamat berhari minggu ye buat semua. Hubby takde, berhari minggu kat rumah jelah nampaknya. Minggu depan plan nak pergi ziarah ayah dan famili di Mersing....moga diperkenan Allah SWT.



PULUT KUNING
sumber : FP Kak Hanieliza

Bahan - sy buat 1/2 dr resepi ni
  • 1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
  • 3 keping asam keping
  • 2 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan
  • air secukupnya untuk merendam pulut..
  • daun pisang [untuk lapikkan lubang dalam periuk kukusan]
  • 1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
  • garam
  • gula

Cara membuat
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam
untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulkan bahan ini supaya
beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Lapikkan daun pisang dalam periuk kukusan.
5. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.
6. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
7. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
8. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
9. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
10. KUkuskan semula sehingga naik wap lagi.
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur.
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.





Ayam Goreng Kunyit

sumber di SINI


Bahan A


  • Ayam ( ambil bahagian isi sahaja ) - sy guna semua bahagian hehehe
  • Serbuk kunyit
  • Tepung jagung
  • Garam
  • Perasa Ayam Maggi
  • Serbuk Lada hitam

Bahan B
  • 2 batang serai (dititik)
  • 2 labu bawang besar ( dipotong bulat)
  • 4 ulas bawang putih (dititik)
  • Cili padi ( buang tangkai sahaja )- sy letak cili hijau je...
  • Hiasan
  • Daun sup ( di cincang )

Cara-cara
1. Perap kan bahan-bahan A selama 1/2 jam
2. Goreng separuh masak
3. Angkat dan letak ke tepi
4. Guna kan sedikit minyak dari gorengan bahan A, masukkan bahan-bahan B
5. Goreng hingga layu, lepas itu masukkan semula ayam yg telah digoreng
6. Goreng hingga kuning & ranggup.
7. Angkat & taburkan hirisan daun sup.


terima kasih,berkongsi resepi.

Friday, October 29, 2010

Gigi Susu Pertama Tanggal

Sudah agak lama gigi Ismail bergoyang...selalu ajak pergi dentist tapi hubby cakap kat dia, goyang-goyangkan selalu nanti boleh tanggal sendiri. Malam tadi kemuncaknya...dia mengadu sakit gigi tu...kami pun cakap kat dia jangan goyang-goyangkan lagi takut makin sakit, esok pergi dentist. Bila dia bangun pagi tadi...(biasalah dengan mood malasnya)datang kat saya konon nak ngadu sakit gigi, bila buka mulut rupanya giginya dah takde. Huhuhu dah tertanggal masa tidur malam tadilah ni. Saya suruh dia pergi cari kat atas katil tapi takde. Tak tahu ke mana hilangnya. Tapi Ismail ada jawapan dia...katanya, tooth fairy dah ambil gigi dia malam tadi...huhuhu...kuat juga kesan cerita dogeng tu ye. Saya cakaplah kat dia, tu kan cerita je...Lepas dia ajak pergi dentist sebab nak suruh letak gigi baru hehehe...Anakku, nanti Allah SWT tumbuhkan gigi baru...


Dah ronggak...
Umur Ismail sudah 7 tahun lebih, memang dah masanya pun untuk gigi susu mula tanggal.


Dua tiga hari ni takde update resepi kat blog...dapur pun sebenarnya tak berasap hehehe. Rabu tu saya temankan hubby check kaki dia dah Ipoh Specialist...seharian kat sana. Khamis pula, hubby masih mc so ambil peluang pergi belajar kereta, balik tu sakit bahu...beli lagi mmmm. Hari ni pula, ada orang hantar sarapan dan lunch...murah sungguh rezeki. Alhamdulillah.

Wednesday, October 27, 2010

Asam Pedas Daging

Malam ni nak berkongsi resepi asam pedas daging. Resepi yg dicuba minggu lepas lagi. Sebelum ni dah ada resepi asam pedas daging kat SINI...bezanya yg ini tak gunakan daun kesom. Resepi dr majalah Keluarga Julai 2010.



Bahan-bahan:
  • 100 gm daging-dipotong dan direbus
  • 1 1/2 sm halia*
  • 2 labu bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 1/2 sm kunyit hidup*
  • 2 1/2 sm belacan*
  • 20 tangkai cili kering*
  • 1 1/2 sm lengkuas-diketuk
  • 2 batang serai-diketuk
  • 1 cawan air asam jawa
  • 5 helai daun limau purut
  • sedikit minyak dan air
  • Garam secukup rasa.

bahan bertanda * - dikisar

Cara Memasak:
  1. Panaskan minyak dan tuiskan semua bahan yang dikisar hingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan air asam jawa, sedikit air, daging yang telah direbusberserta air rebusan, lengkuas, serai dan garam,
  3. Setelah mendidih, masukkan pula daun limau purut.
  4. Kalau suka boleh masukkan ubi kentang. (- sy masukkan karot dan terung)

Tuesday, October 26, 2010

Nasi Bubur Ayam dan Bilis Goreng Serai

Bubur nasi ayam/ nasi bubur ayam (mana satu yg betul ye...) dan bilis goreng serai untuk lunch hari ni. Berselera makan terutama 'orang sakit' tu hehehe. Memanglah kan...kaki je yg sakit. Tapi sesekali makan nasi bubur ni memang sedap.


Nasi bubur ayam, bila letak daun kesom dan santan...lagi beraroma...

Bahan-bahan: (pandai2lah agak ye...)
  • Beras
  • Air
  • Isi ayam
  • Santan
  • Halia- dihiris
  • Karot - potong dadu
  • Daun Kesom
  • Kiub pati ayam
  • serbuk lada hitam
  • serbuk lada putih


Cara Memasak:
  1. Cuci berasa dan rebus dengan air yg secukupnya.
  2. Keudian masukkan isi ayam, karot, kib pati ayam dan daun kesom serta halia dan masak sehingmga menjadi bubur. Kacau sekali sekala.
  3. Setelah itu masukkan santan, serduk lada hitam dan lada putih dan perasakan dengan garam(jika perlu).
  4. Angkat dan hidangkan.




Ikan bilis goreng dengan serai...lagi membuka selera...


Bahan-bahan:
  • Ikan bilis
  • Bawang besar*
  • Bawang ang putih*
  • Halia*
  • Cili Padi*
  • Serai*
  • Minyak Masak
  • Sos Ikan
  • Garam secukupnya

bahan bertanda* - dihiris

Cara Memasak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bilis hingga kekuningan dan agak garing.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih halia, serai dan cili padi.
  3. Masukkan sos ikan dan perasakan dengan garam.
  4. Angkat.


Monday, October 25, 2010

Ayam Goreng Herba

Assalamualaikum. Terima kasih buat semua yang doakan kebahagian saya dan hubby. Amin. Moga Allah merahmati jua kawan-kawan semua. Semoga kita semua mati dalam iman. Amin.

Alhamdulillah Sabtu hari tu plan berjalan lancar. Makan-makan dan jalan-jalan dengan hubby. Sesekali begini rasa bahgia sungguh hehehe. Tapi sejak semalam hingga sekarang my hubby dilanda sakit kaki. Sakit yang berulang lagi....dah kali ke 3 sejak balik Malaysia. Sakit yang datang tiba-tiba dan ambil masa untuk hilang. Moga kali ni taklah berlarutan lama sangat. Berapa lama asyik nak mc je..kan?

Apa-apa pun jom layan ayam goreng herba yang saya masak untuk lunch hari ni. Resepi dr majalah Rasa Edisi Ramadhan tapi saya ubah suai sikit. Sedap juga. Berbanding dengan ayam goreng herba/berempah yang biasa , yg ni dia lain sikit sebab guna kaedah tumisan. Jadi taklah kering sangat.





Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam - dipotong kecil
  • sedikit serbuk kunyit dan garam

Bahan tumis:
  • 3 ulas bawang merah india*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 batang serai*
  • 2 sm halia*
  • 1 sudu teh jintan manis*
  • 1 sudu serbuk kari - takde dalam resepi asal.
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyakk masak seciukupnya.

bahan *----> dikisar.



Cara Memasak:
  1. Gaul ayam dan sedikit kunyit dan garam.( dalam resepi asal tak gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kunyit hidup dikisar dan letak semasa menumis).
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis/kisar hingga naik baunya./
  4. Kemudian masukkan ayam dan biarkan hingga sebati.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Angkat dan hidang.

Friday, October 22, 2010

Ulangtahun Perkahwinan ke-11 dan Suprise!!!

Ibrisam Akbar


Suzilawati Amir Hamzah




disokong penuh oleh:

Iman Ibrisam
Ismail Ibrisam
Sumaiyyah Ibrisam
Isa Ibrisam





Tapi ini bukanlah suprise yang sy maksudkan tu...tapi ada kaitannya...




Suprisenya ialah...
.
.
.
.
.
.
.
.
kepada follower berikut:
.
.
.
.
Ibu_khalish
.
.
dan.
.
.
Mama Tiara
.
.
.
anda berdua sy hadiahkan, brooch ini:



satu set setiap seorg....jangan lupa hantar detail ke email akak,
suzilawati@ymail.com.

itulah suprisenya...kepada yg tak bertuah, insyaAllah tahun depan pula ye.


Nak bersiap nak balik kg. Esok berdua je dgn my hubby pi KL...raikan anniversary kami. Moga perkahwinan kami kekal bahagia hingga ke syurga....amin.



Suprise!

Tungguuuuuu....

t/hari nanti kot...


pagi2 ni sibuk sikit....



KLU
.
.
.
.
.
.
.

.




Follower.



Thursday, October 21, 2010

Ketupat Sotong Terengganu.

Ni rasanya baru kali ke-2 sy buat ketupat sotong sendiri. Biasanya hanya tolong-tolong mak. Selalunya buat versi Terengganu. Belum pernah buat versi Kelantan. Resepi ni sy ambik dr SINI. Resepi asal dr FP Kak Hanieliza. Terima kasih berkongsi resepi. Saya buat sikit je...




Bahan-bahan:

1 kg sotong
400 gram beras pulut [rendam dalam 1 -2 jam]
5 cm halia (dimayang)
3 biji bawang merah (dimayang)
1 sudu besar halba
4 cawan santan [dari 1 biji kelapa]
Lidi kelapa dipotong 2 inci
1 sudu kecil gula
garam (secukup rasa)



Cara Membuat:

1. Sotong dibuangkan kulit nipisnya dan dibasuh sehingga bersih. Tos kering.
2. Kukuskan pulut sehingga naik wap.

3. Angkat pulut dan masukkan dalam mangkuk. Gaulkan dengan 1 cawan santan yg telah dicampurkan garam.
4. Gaulkan pulut sehingga sebati dan berminyak.
5.Masukkan pulut anggaran 3/4 badan sotong.
6. Tutup badan sotong dengan lidi kelapa yang dipotong supaya beras pulut tidak terkeluar.
7. Rebus sotong tersebut dengan 1 cawan santan sehingga masak dengan api sederhana.
8. Masukkan lagi 2 cawan santan ,halia, bawang, halba, gula & garam.
9. Masakkan sehingga mendidih dan agak pekat.







***PENGUMUMAN
: Esok insyaAllah ada suprise kat blog ini....nak tahu apa dia...TUNGGUUUUUUUUUU.....



Wednesday, October 20, 2010

Pisang Tanduk Goreng Rangup

Alhamdulillah rezeki kami hari ni, ada kawan bg pisang tanduk. Terima kasih banyak-banyak. Apa lagi, digoreng untuk minum petang , petang tadi.Sedapnya. Selalu saya agak2 je sukatan bahan yg digunakan...hari ni sy ikut resepi Kak Liza ni, sy ambik kat SINI:



Bahan Batter
  • 2 cawan tepung beras cap Gajah
  • 1 biji telur
  • 1 s/k air kapur
  • 1 s/k kunyit serbuk
  • garam
  • air secukup pekat

Cara - cara
  1. Bancuhkan bahan Batter sehingga rata dan biarkan sekejap. Jgn cair sangat.
  2. Panaskan minyak yg banyak.
  3. Masukkan pisang yg dibelah 2 dalam bahan batter dan jemputkan kedalam kuali.
  4. Bila telah kuning keemasan angkat dan toskan dalam tapisan sayur



############################################




Sambil-sambil jamu mata tengok pisang tanduk layanlah celotah saya ni ye...

Baca ayat ni:

  1. Who's tenggok ni? Kata Ismail sambil tutup hidung dia.
  2. Ismail kira, 1, 2, 3, 4 ,5......7,8,9....selupur.
  3. Isa, dah basuh tangan ke belum? Bulum, jawab Isa.
  4. Berkata Iman kepada kawan-kawannya, bapak saya cakap semua hari boleh main game pukul six o' clock je...
Faham tak? Itulah antara ayat-ayat yang kelakar dr anak-anak saya. Dah hampir setahun balik pun masih tak berapa tahu cakap melayu dengan betul. Ayat rojak tu biasalah...kalau nak bercerita jenuh menunggu diaorg susun ayat. Kadang kalau nak cepat kena suruh diaorg cakap English je. Dalam report card pun cikgu komplen tentang pengggunaan bahasa melayu yang tak betul hehehe. Tapi dah ada peningkatan. Alhamdulilah.


penghibur hati...


note:
tenggok=kentot
selupur=sepuluh
bulum=belum
semua=setiap

dan banyak lagi sebenarnya. Perkataan tenggok tu sebenarnya dr Adelaide lg. Jenuh kami betulkan tapi sampai sekarang masih diaorg gunakan...



Tomyam Campur, Cencaru Bakar, Ulam dan Sambal Belacan.

Assalamualaikum semua. Dah lunch?Alhamdulillah kami dah kenyang dah. Hubby pun dah pergi ofis semula. Itulah kebaikan ofis dekat, boleh lunch kat rumah...kan? Rajinlah sikit isteri dia ni nak masak hehehe...Inilah menu lunch kami, tomyam campur, ikan cencaru bakar, ulam pucuk gajus dan kacang botol serta tak lupa sambal belacan. Terangkat!



Tomyam campur versi rebus. satu pantang my hubby bila masak tomyam, jangan letak apa-apa sayur pun terutama karot kat dalam tomyam...ubah rasa katanya. Resepi tomyam ni sy ubahsuai sikit dr resepi kat FP Mamafami. Thx mama berkongsi resepi.


TOMYAM CAMPUR

Bahan-bahan:
  • Serai
  • Daun limau purut
  • Lengkuas
  • Limau nipis
  • Cili api
  • Tomato
  • Paste Tomyam
  • daging
  • udang
  • sotong
  • bawang besar-potong bulat
  • bawang putih
  • garam
  • sos ikan

Cara-cara:
  1. Rebus daun limau purut, serai, bawang dan lengkuas hingga mendidih dan naik bau.
  2. Masukkan paste tomyam
  3. Masukkan garam dan sos ikan.
  4. Masukkan daging dan masak sekejap.
  5. Kemudian baru masukkan udang dan sotong.
  6. Masukkan pula tomato dan cili api
  7. Akhir sekali perahkan jus limau nipis.
  8. Sedia untuk dihidang.



Ni pulak ikan cencaru bakar dan ulaman. Kacang botol dan pucuk daun gajus.
Cicah denga sambal belacan. My hubby orang bandar, masa makan pucuk gajus, dia tanya, ni daun apa? Mcm daun pelam je...hehehe. Padahal dia yg beria suruh beli masa kat pasar hari tu. Agaknya dia tahu itu untuk ulam tapi tak tahu daun apa...



Ikan cencaru ni sy sumbat dengan bawang besar dihiris, campur dengan sedikit cili boh dan pati asam jawa serta sedikit garam. Ikan pula sy lumurkan dengan sedikit garam dan pati asam jawa. Lepas tu bakar. Alas pula dengan daun pisang. Sedapnyaaaaa.



Tuesday, October 19, 2010

Cucur Udang

Minum petang kami tadi...tapi hubby bukanlah minum ptg...dah jadi dinner dia kot. Lepas makan mee goreng mamak(beli) . Terpaksa beli sebab lauk lunch dah 'sold out', suka pulak anak-anak sy lauk sayur lemak tu..Resepi dr dapur Kak Nor TRG...terima kasihKak Nor berkongsi resepi. Sy copy paste ye...

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 bj telur
  • 1 sudu teh yis (mjauripan)
  • 1 bj bawang besar ~ didadukan
  • daun saderi/daun bawang/kucai
  • taugeh
  • sedikit kunyit ~ nak kasi cucur kaler kuning
  • 1 sudu teh garam
  • minyak utk menggoreng
  • # udang ~ mengikut bilangan berapa bj cucur yg dihasilkan

Cara-cara:
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Perap sehingga adunan naik sket (dlm 1/2 jam).
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Minyak kena lebih ya..
  3. Letak senduk bulat dlm minyak hingga minyak dan senduk panas.
  4. Ceduk sedikit adunan cucur kedalam senduk dan letak udang seekor sambil tekan2 sket.
  5. Masukkan dlm minyak panas dan goreng la hingga bahagian bawah cucur tu dah tak melekat kat senduk.
  6. Goyang2kan sedikit senduk atau kuis jer dgn sudu atau lidi/chopstick supaya ia lekang dr senduk.
  7. Goreng cucur hingga masak dan angkat serta toskan.
  8. Bolehlah dipotong 4 sebelum dihidangkan.
Setelah dipotong. Potong dua je. Bahan-bahannya sampingannya hanya daun sup dan daun bawang je...anak-anak makan dengan penuh selera.


Daging Masak Manis dan Masak Lemak Pucuk Paku

Resepi dari Majalah Saji Edisi Ramadhan 2010. Sedap juga. Sy ubah sikit, letak cili kisar dan tomato segar. Lauk utama kami lunch hari ni.





Bahan-bahan:
  • 200 gm daging - dihiris nipis

Bahan Kisar:
  • 2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1.5 sm halia
  • 1/2 sudu makan biji ketumbar
  • 1/2 sudi makan serbuk lada putih
  • 2 sudu makan kerisik
  • 3 sudu makan gula merah
  • 1 sudu makan cili kisar - ni sy yg pandai2 letak...
  • 1 sudu teh garam
Cara Memasak:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar dan cili kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ketumbar, lada sulah dan daging . Kacau rata.
  3. Selepas itu masukkan gula merah, garam dan kerisik. Kacau sebati. Masak sehingga daging lembut dan garing.
  4. Angkat, hiaskan dan sedia untuk dihidang.




Semalam pergi pasar malam ( sy jarang pergi pasar malam). Borong macam-macam sayur kampung. Untuk hari ni masak sayur lemak pucuk paku, campur dengan keledek dan udang serta sedikit daun kesom.