Friday, July 18, 2008

Dyslexia

Salam semua....

Saya dan suami sekarang sebenarnya tengah mengumpul maklumat tentang dyslexia ni....Kalau sesiapa ada maklumat...atau ada pengalaman mengenai dyslexia harap bolehlah berkongsi dengan kami....

Berikut adalah entry dr blog my hubby mengenai hal ini....


Dyslexia is a learning disability that manifests primarily as a difficulty with written language, particularly with reading and spelling. It is separate and distinct from reading difficulties resulting from other causes, such as a non-neurological deficiency with vision or hearing, or from poor or inadequate reading instruction. Evidence also suggests that dyslexia results from differences in how the brain processes written and/or spoken language. Although dyslexia is the result of a neurological difference, it is not an intellectual disability. Dyslexia occurs at all levels of intelligence. - wikipedia
Ada siapa-siapa out there yang diagnos dengan dyslexia? Aku perlukan pengalaman korang.

Anak sulung kami dilahirkan tak cukup bulan. Lebih kurang 8 bulan. Walaupun begitu, dia membesar dengan baik sekali. Sekarang dah umur 8 tahun. Secara fizikal, takde masalah.

Only recently bila dia masuk sekolah aku perasan dia agak slow dalam pembelajaran. Kami fikirkan ini normal. Mungkin akan ambil masa sedikit bagi dia.

Then aku realize beberapa perkara yang sikit ganjil. Antaranya, bila dia menulis (walaupun meniru aje), tulisan dia terbalik. Macam tengok cermin. Then kami juga realize yang dia agak pelat, tak berapa sesuai dengan umurnya.

Wife aku buat research sikit kat internet dan mendapati anak aku ada sindrom dyslexia.

Now my concern bukan pada anak aku sebab ada dyslexia tu tapi reaksi kawan-kawan dia nanti. Aku teringat masa aku sekolah sampai Tingkatan 3 kat St Michael (Ipoh) dulu ada sorang kawan aku, tak reti membaca. Pada pandangan kami, beliau ni freak. Walaupun dalam bab sosial dia takde masalah tapi bila masuk bab akademik, kami pandang rendah pada dia. Maksud aku, dia masih kawan kami.

My point is, aku tak pasti samada masyarakat di Malaysia dah prepared atau tak dengan mereka yang dyslexia ni. Kat Australia ni no problem. Akademik tak terlalu pushy. Dan cikgu-cikgunya begitu lembut dengan students bab akademik ni. Kalau kamu tak boleh go with academics, you can always go with other areas. Art ke, skill ke...

So anak aku ni dengan sekolah, memang selalu excited je. Aku agak risau kat Malaysia nanti yang terlampau pushy bab akademik ni. If you ask me, aku tak kisah dia tak pass exam pun. Tapi dia punya minat/keupayaan tu dapat disalurkan kepada tempat yang sesuai.

So far, ada satu link je yang ditulis mengenai fenomena dyslexia ni di Malaysia. Maybe concern tu dah start ada tapi masih tak meluas.

Anyway, anak belum diases lagi oleh pakar. Tapi simptom memang jelas sama dengan apa yang dikatakan dengan dyslexia.

Kalau kamu ada apa-apa input, pengalaman etc, please share dengan kami. Yang kami pegang sekarang ialah:

  • Disleksia bukan sejenis penyakit, maka ia tidak boleh diubati.

  • Disleksia tidak disebabkan oleh kecerdasan yang lemah

  • Disleksia bukan masalah penglihatan-



Terima kasih...

6 comments:

Siti Khuzaimah said...

Salam Suzi,

Ni baru first time saya tahu pasal dyslexia, sblum ni penah dgr tp tak amik pusing pun.

Anak saya yg sulung pun ada bbrp ciri spt yg suzi nyatakan spt menulis terbalik esp nombor, sedikit pelat ( bg saya dia pelat disebabkan oleh gigi). Mengikut kata cikgu sekolah dia, pekara menulis terbalik tu normal & dia ada improvement dari segi pertuturan...so saya tak sure samada my doter tu mengidap dyslexia.

Rasanya better suzi bawa anak suzi berjumpa doktor pakar yg bole mengesahkan penyakitnya.

Suzi said...

Salam, hubby dah tanya satu persatuan yg berkenaan kat sini...nak diases kena dlm 500 AUSD...jumpa pakar je...60 AUSD kot...diaorg suruh bincang dgn sekolah dulu apa diaorg blh bantu....

pasal your doter...tak tahulah...dyslexia pun byk tahap..tapi girl jrg kena ni...dr apa yg dibacalah...la

UmmuSarah said...

Suzi,

InsyaAllah, samada dyslexia atau tidak, akak rasa Suzi tak perlulah terlalu risau ttg Iman. Pasti ada kelebihan dan hikmah yg ALlah beri pada Iman sebagai ganti kekurangan2nya. Cuma kita sahaja yg belum memahaminya.

Dari gambar2nya, akak lihat Iman sekarang dah slim dan tinggi. Rindu juga utk berjumpa anak2 Suzi. Muhammad ada juga tertanya2, "Emak, bila Iman nak balik?"

Akak ada dengar bahawa anak2 boleh didedahkan dan di ajar hafalan ayat2 AL-QUran. Kaedahnya taklah terlalu sukar. Boleh akak kongsi Insya ALlah. Penghafalan Al-QUran dapat mengasah dan menajamkan fikiran & hati. Cubalah. Insya ALlah, Al-QUran dpt membantu.

Suzi said...

Salam K.Nurul...
Bila fikir tentang kekurangan Iman memang sedih juga...tapi kitaorg selalu ingatkan diri...ada hikmah sebaliknya tu...
W/pun dia macam tu tapi dia anak yg taat...apa kita org suruh/cakap seboleh2 dia buat, jarang sangat memberontak...tapi dia teramatlah sensitif..
Nenek pun cakap dia makin kurus...ikut bapak dia masa kecil2 dulu kot....hehehe..
Iman sekarang ngaji memang bykkan cara menghafal coz dia susah nak mengenal huruf..confius...nanti blhlah akak kongsi cara yg akak cakap tu ye...

ita said...

Assalamulaikum,

Terjumpa blog nie masa nak cari resepi. Anak akak yg kedua diagnos dyslexia.Tahu masa dia nak msk darjah 1, coz masih x tahu membaca, kenal huruf. Hantar ke HKL, buat several test dgn Dr. Khoo, confirm. Mmg sedih tp kena accept. Akak hantar dia ke Persatuan every weekend for lesson. Cuti sek. pergi kelas kat Persatuan. Hantar ke Kumon. Recently kelas membaca. Alhamdulilah, skrg darjah 4, blh membaca tp x lancar. As parent kena sabar coz mmglah ada yg x faham. Ada cikgu yg label dia sbg lembap dsb. Treat her as normal coz self esteem mrk blh down. Anak akak nyaris mcm tu. So skrg akak x paksa sgt dia dlm academic, as long dia buat homework dsb so the teacher x leh find fault with her. Akak hantar normal school coz kalu hantar sek. pendidikan khas, lagi kacau . Kat TTDI, ada normal school yg mmg ada kelas khas utk dyslexia shj so depa x join ngan autisme, down syndrome etc. don't worry. Insyallah , Allah akan permudahkan jln bagi mrk ini. Kak Ita

Suzi said...

salam ita...
tulah risau gak bila fikirkan iman tu...hari tu dah ada org yg berkaitan tengok dan buat test kat dia...katanya iman ni disleksia yg thp bawah tak perlukan pendidikan khas...cuma kena lebih beri perhatian utk nya...
moga anak2 kita dipermudahkan hidupnya oleh Allah SWT.
ita, ni email saya suzilawati@ymail.com...ingin sekali kenal ita sbb blh kongsi pengalaman...